Sunday, December 28, 2008













Inilah kawasan persekitaran, sungai di sekitar Kem Ayer Itam dan juga di antara aktiviti yang telah di jalankan oleh peserta Kem Kepimpinan Rekreasi daripada Belia Larut Matang (Grik Selama) yang diketuai oleh En Mohd Nizam Ali pada 20-21 Dec 2008.



Ini adalah dewan yang di sediakan kepada pengunjung dan peserta Kem Ayer Itam. Para peserta akan diberikan taklimat di sini.

Tuesday, December 9, 2008

Salam Aidiladha,

Kem Ayer Itam kini telah mula mendapat perhatian dari pihak sekolah di sekitar Batu Kurau dan juga Taiping. Pondok, dewan, bilik air telah disiapkan, tetapi masih di dalam proses untuk mengindahkan lagi kawasan tersebut.

Pihak kami akan cuba memuat turun gambar di sekitar Kem Ayer Itam untuk tatapan pengunjung blog ini.

09-Dec-2008

Sunday, November 16, 2008

Perihal Kem Ayer Itam

Kem Ayer Itam ini di kendalikan oleh En Zulkarnain Abdullah yang berasal dari Batu 14, Batu Kurau Perak. Kem ini telah mula memberikan perkhidmatan kepada mereka yang ingin berkhemah dan menikmati keindahan semulajadi di tepi sungai. Kem Ayer Itam ada menyediakan perkhidmatan seperti chalet, kawasan untuk perkhemahan bagi mereka yang ingin mengadakan 'team building' dan sebagainya.

Selamat Datang Ke Laman Web Kem Ayer Itam Batu Kurau

Kem Ayer Itam terletak di Batu Kurau Taiping Perak. Batu Kurau terletak di utara Taiping Perak. Batu Kurau terkenal dengan hasil buah durian yang di katakan lebih enak. Buat masa ini, pihak kami belum dapat memberikan maklumat yang lebih lengkap berkenaan Kem Ayer Itam.

Pihak kami akan mengemaskini laman web ini dari masa ke semasa.

Sila datang lagi!!